Kelas Fotografi

9 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 08-Julai-2018, Pusat Internet telah mengadakan kelas multimedia iaitu Kelas Fotografi. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada peserta tentang kamera, sejarah kamera dan fotografi. Tayangan video dan pembentangan slaid digunakan untuk membantu peserta memahami pengisian kelas. Selain itu, peserta juga dededah dengan elemen penting dalam sesebuah kamera seperti penggunaan timer, zoom in/out, scene, dan sebagainya. Terdapat enam orang peserta telah mengikuti kelas ini yang terdiri daripada 3 orang dari sekolah rendah dan selebihnya merupakan pelajar sekolah menengah.

Selain sesi pembelajaran, peserta juga diberi peluang untuk mempraktikkan apa yang dipelajari dalam sesi latihan mengambil gambar kreatif dan berkualiti di lapangan. Kesemua peserta berjaya melakukan aktiviti ini dan salah satu gambar dipilih sebagai pemenang. Pemenang juga diberika hadiah berupa goodies dari pihak MCMC.

Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri program yang di berikan:
• Peserta dapat pengetahuan baru berkaitan kamera dan sejarahnya
• Peserta mampu mengambil gambar yang kreatif dan berkualiti menerusi tips yang diselitkan ketika dalam kelas
• Memupuk minat peserta untuk merakam keindahan flora dan fauna melalui gambar

Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program di jalankan:
1. Pengenalan kepada kamera
2. Penceritaan tentang sejarah kamera
3. Elemen dan tips penggunaan kamera telefon untuk menghasilkan gambar yang berkualiti
4. Latihan pengambilan gambar yang kreatif dan menarik




Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali